Sunday 13 May 2012

SeLAmaT HaRi IbU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku… mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak

Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu berleter kat aku.. mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… mak

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari mak
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat mak
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah mak
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… mak ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon mak
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

sayangi dan hagailah ibu sementara ibu masih ada 
kerana kita hanya ada seorang ibu yg tiada siapa mampu mengganti tempatnya



SELAMAT HARI IBU....untuk semua ibu2 penyayang... ;-)




Tempahan dari K.Pah ~ Rainbow Cake

+-1.8kg ~Rainbow Cake Cheese Frosting

~HAPPY MOTHER'S DAY~

No comments:

Post a Comment